Pemberian dividen tahun 2022 telah menunjukkan bahawa prestasi Simpan SSPN sangat cemerlang pada tahun 2022 dengan jumlah deposit RM3.36 billiion iaitu peningkatan sebanyak 11.66% berbanding tahun 2021.
Oleh itu, produk Simpan SSPN masih lagi menawarkan kadar pulangan yang menarik dan kompetitif. Selain dividen, instrumen simpanan yang diperkenalkan PTPTN memberi banyak lagi kepelbagaian, keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia.
Pendeposit yang mempunyai akaun Simpan SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.
Adakah pendeposit layak menerima dividen jika menutup akaun sebelum dividen diagihkan?
Tidak layak.
Adakah pendeposit layak menikmati dividen sekiranya membuat pengeluaran simpanan sebelum dividen diagihkan?
Layak selagi tidak membuat penutupan akaun.
Bagaimana dividen tersebut dibayar kepada pendeposit?
Dividen akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.
Adakah dividen dikecualikan cukai pendapatan
Ya. Pendapatan dari dividen Simpan SSPN dikecualikan daripada cukai.
Jom sertai! Buka akaun SSPN Plus sekarang demi memastikan matlamat kewangan pendidikan anak anda tercapai dengan lebih mudah. Penerimaan setiap penyertaan dijamin dan pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan.
Klik di bawah sekarang untuk buka akaun SSPN Plus Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!