SSPN Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN Plus merupakan simpanan pendidikan patuh syariah yang terbaik untuk anak-anak anda. SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MISG Takaful (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful Ikhlas Family Berhad (TIFB) sebagai syarikat pengendali takaful bagi produk ini.
SSPN Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL
SYARAT - SYARAT
PENDEPOSIT (Ibu Bapa / Diri Sendiri) Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan sehingga mencapai umur 69 tahun (Tertakluk kepada polisi Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih oleh pelanggan).
PENERIMA MANFAAT (Anak) - Warganegara Malaysia yang berumur 1 hari sehingga berumur sebelum mencapai umur 29 umur. - Terdiri daripada diri sendiri atau anak kandung. - Pendeposit boleh membuka beberapa akaun untuk semua anak. - Pendeposit yang berbeza juga boleh membuka akaun bagi penerima manfaat yang sama. Contohnya ibu dan bapa boleh buka akaun kepada anak yang sama secara asing. Maka setiap anak layak mengadakan 2 akaun asing dan dapat perlindungan daripada ibu dan bapa. - Pendeposit WAJIB mengisi borang potongan gaji / auto debit / direct debit untuk bayaran komitmen bulanan.
PENGELUARAN / PENUTUPAN AKAUN SIMPAN SSPN PLUS - Pendeposit dibenarkan menutup akaun pada bila-bila masa dan mengeluarkan semua simpanan dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN; dan - Pendeposit boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan pada bila-bila masa selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun dengan syarat mempunyai jumlah minimum simpanan yang perlu kekalkan dalam akaun sebanyak RM1,000.
Semua urusan berkaitan akaun SSPN Plus boleh dibuat secara online dan pada bila-bila masa. Pastikan akaun SSPN Plus anak-anak anda sentiasa aktif dan jelaskan tunggakan deposit.